My Photo
aku tulis bila aku dengan orang yang aku suka.

20111108

#eh








currently :
TUMBLR-ing.






















20111107

Day 9 – A photo of the item you last purchased.


kalau dulu zaman baca novel ahadiat akashah,
zaman aku gilakan kasha dalam lagenda budak setan,
betapa aku agungkan cinta Maya dalam Pilot Cafe,
boleh lah aku berjiwang santan.
menulis pun dah berupa cerpen.
yang pantun dah jadi syair 10 kerat.


bila alam novel aku dah tinggalkan,
tetiba pulak belambak keluar filem, drama, teater bagai yang based on novel,
aku jadi berang dowh!
sebab aku tak mampu tulis bak gagak dambakan pelangi senja nan merah lagi.
rindu yang menggunung untuk kembali menagih tidak lagi ku rasa hangatnya.
apa kes?


tapi hati aku jadi sayu runtun pilu bila ia libatkan Aaron Aziz.
Aaron Aziz bhaiiii.
bukan Rosyam Nor yang aku jumpa dekat Wangsa Maju beli goreng pisang tu.
bukan.
Aaron Aziz yang taf taf hensem kacak bergaya tidur pun asek teringat je,




sebab tu aku sanggup beli novel ni even aku dah tahu ending dia macam mana.
ini semua kerana Aaron Aziz.
bukan sebab Nora Elena.
tsk tsk.



*****tak habis baca lagi pun sampai sekarang.

20111101

Contest ; Belog Paling Cute


hai salam semua buat warga pencinta kura-kura hijau.
tadi saje belogwalking blog sendiri haa. lama tak update gitu.
so masa aku tengah usha dropbox nampak lah ada link yang aku di tag.

contest?
belog kiyut?



belog aku di tag belog kiyut kot!
hahaha.
terasa kiyut sangat pada ketika ini :)


tuan empunya belog syaza selimin yang tag.
ouh syaza, thanks.

(sila visit purplewhitestripes untuk tahu lebih lanjut.)

dan ini link untuk contest belog kiyut tuuuu.

pinkcontest


dan aku akan tag lagi dua belog yang aku rasa kiyut sangat :

belog kak jibah
me mine midori chan

dan belog abang boww
boxer kedut

Photobucket

20111020

A Long Day To Go Through And Here I Go

A late dawn sleeping and rush for labs and lectures. 9AM till 6PM will be awesome! urghhh.

20111011

Pipit


satu hati kecewa,
tiga puluh rasa palitnya.

satu rasa sakit,
tiga puluh rasa peritnya.

satu yang tanggung,
semua rasa bebannya.

tiap satu itu disiat tak berluka,
tiap dari kami terasa sembilu torehnya.


****

untuk wafiy,
semoga cepat sembuh.
kami tak mampu buat apa,
sekadar doa dan menolong sehabis kudrat yang ada.


20110928

Day 8 – A song to match your mood

halo halo!
hai belog sayang,
lama tidak berasmara dengan kanda.
rindu rasanya bebulan tidak bersama.
rindu you begging begging dengan i mintak di update tiap malam ;D
awwwww!

hai.
memandangkan tiga program kfk sudah selesai,
saya sudah mampu untuk menjadikan bilik saya berupa bilik,
katil dah rupa katil,
locker berupa locker,
dan baju tidak lagi berupa kain perca bertempiaran di lantai,
maka dengan ini,
saya bersaksikan hanis, fatin dan pija,
berasa gembira kerana misi pengemasan ini telah selesai diperkenankan oleh beta sendiri.

online menggunakan cabel di bilik yang super laju lagi owsem sangat menjadikan semua orang ingin tinggal di dalam kolej 11 walhal ramai yang tahu saman dia kemaen lincah dan belambak.
-saya tidak terkecuali.

dah sebulan tak online secara tabii. errr. maksudnya, online secara betul dan kena pada tempatnya.
online di phone mana puas kauuuuu! mahu depan laptop buruk vista screen 14 inci ini baru seronok ;D

sekarang jam 2.35 mengikut jam London di bilik aku. sumpah masyuk gila kot. buffering di youtube sekelip mata. terasa guna unifi pulak. eh?

okay, nak sambung maen game itu hari tak habes-habes lagi. teheeeee ^.^


*****

Day 8 – A song to match your mood




okay, assignment programming tak siap lagi.
RUBY RUBY RUBY!

Photobucket

20110826

Day 7 – Your dream wedding



kalau nak cerita pasal wedding,
bagi lah seminggu pun belum tentu cukup untuk aku cerita.

nak dipendekkan cerita .....

aku selalu cakap dengan mama,
"kalau lepas grad boleh tak, kalau tak mahu kerja apa yang aku belajar?"
tak kisah lah,
planner ke, surveyor ke, GIS specialist ke, technician ke.
aku ta nak aku ta nak!


sebab
AKU NAK JADI WEDDING PLANNER.
:)
# senyum lelebo #


aku dah cop dulu.
untuk wedding akak and abang,
i'll be the planner and the floor manager.
berangan berangan


tapi untuk wedding aku,
takdelah semengharap sebegini,




if only i could married to Anak Dato or Anak Bongsu Mutiara Motors,
boleh laa :)


okay,
back to my dream wedding.
the theme must be:

RED, roses RED.
fully fresh flowers decoration. mak aihhhhhh

Hard icing wedding cake,
macam cake Ellen Degeneres punya sumpah santekkkkkk sangettt!


kan kan?
me adore likey muchoo!

but since my wedding is red in theme,
probably it's gonna be like this,



hehehe :)


dan adalah harus buat dekat hall.
bak kata mama, nikah dekat rumah, reception dekat hall, senang!
parking senang, kalau hujan takde kelam kabut tetamu datang.
lagipun lepas majlis, ada orang kemas.
and jangan tak tahuuuu.
sewa dewan adakala jauh lebih murah dari sewa khemah sampai 10 20 kauuu!
so, i go for dewan!

lighting style:
dewan mestilah dim. tak mahu terang-terang.
tak romantik lahhh kan.
so nanti pengantin lalu kat tengah-tengah tu,
spotlight focus pada pengantin aje.
COOL WHATTT! :)


dim dia ada la sikit macam lighting yang diidamkan.


bila dah gelap,
baju pengantin pun tak boleh la merah jugak.
nanti tak outstanding.
lagilah kalau laki aku sawo matang ke, sawo tebako ke,
nanti orang nampak tenggolok je berjalan. hahaha! gelak jahat
so, aku nak outfit macam Ayu Gadis Melayu tu.
santekkkkk :)


putih lagi suci.
I LIKE !!!


okay kira tang tema, kek, dewan and outfit dah setel.
tang majlis pulak.

ehem ehem.
sorrytosay,
but there's no karaoke session during my wedding.
HAHAHA.
sorry.
nak karok,
ramai-ramai kumpul malam lepas majlis time rewang-rewang baru best kan?
# ye, malam lepas majlis, harap maklum #

justeru,
semasa majlis berjalan,
aku mahukan muzik keroncong, LIVE!

my dad dan aku memang layan keroncong habess.
pantang ada masa terluang,
memang 104.10 fm lepas jam 10 kitorang gerenti layan sesama.
so,
why not on my wedding aku adakan live keroncong?
aku rasa ia ohsem! :)

at a corner side of the hall,
mereka akan mainkan lagu ini untuk tetamu.
lagu wajib :
Kasih by Hetty Koesendang
lalalala.

kalau tak dapat keroncong,

dapat afgan pun jadilah perform :)


so,

itu saja dream wedding aku.
perlu kerja keras cari wang untuk buat wedding macam ini.
alahaiiiiii.


****boleh tak kalau nak panggil CST jugak buat pre-wedding video macam Ayu Tomok? hahaha!

Photobucket

Day 6 – A photo of an animal you’d love to keep as a pet

kucing Parsi adalah haiwan feveret untuk dibela.
tapi malangnya mama tak kasi bela kucing kat rumah.
nanti sepah dan "alahh kau nak jaga ke? nanti mama jugak yang jaga kasi makan semua." err kata mama.
betul jugak mama cakap.
takkan nak angkut kucing balik bilik dekat kampus.
mesti tinggal dekat rumah.


jadi,
haiwan ideal paling best dan cool untuk dibela adalah,
IGUANAAAA!
tapi aku takde Iguana.
Iguana pun haiwan feveret yang diberangankan untuk dibela.
kikikikih.


so,
paling easy and very the peanut is,
IKAN!


tahukan anda aku mempunyai 4 ekor Oscar?
dan malangnya,
semua dah mati beberapa minggu lalu :(



Si Kurus : Uncle, saya dulu ada beli udang sama Uncle tau. haiyoo, banyak leceh la jaga udang. kuat makan wooo.

Uncle : Kan saya sudah bilang sama youuuu tapi you juga mahu bela, kata apa ituuu, RARE?

Si Kurus : tapi udang banyak kiut tau Uncle. Misai dia saja sudah penuh akuarium. kekeke.

Uncle : You angkat ikan sajelah. manyak senang meyy. You tukar aja itu oksigen kasi high power sikit punya oksigen, makan pun beli yang cracker besar sikit punya.

Si Kurus : Tapi ikan selalu cepat mati. penat I bela nanti 2-3 bulan, mati.

Uncle : You bela oscar la. oscar lama tau. tahun-tahun jugak nanti dia besar you boleh jaga.

Si Kurus pun percaya lalu beli.


cuba teka makanan ruji oscar apa?






nais kan?
HAHAHAHAHA.
mestilah aku tak bagi oscar makan cacing.
geli lah nak pegang.
adoiiiihh.
so aku bagi cracker biasa aje.


kalau kita rakyat malaysia yang makanan rujinya adalah nasi,
duduk Malaysia tapi hari-hari makan cheddar,
pun tak ohsem kan.
mestilah tak biasa.
kalau dah tekak makan budu tu, budu jugalah.
nak samakan mozarella dengan tempoyak,
memang jauh sekali la kan?


begitu juga dengan nasib yang berlaku terhadap oscar.
akibat Tuannya Si Kurus itu geli bagi cacing dan akur memberi cracker kepada sang oscar dan 3 lagi adik-adiknya,
mereka juga menemu ajal seperti udang,
penghuni Villa sebelum mereka.
(nak lawan beha rahim, dia ada banglo, saya punya Villa. wink wink. dengki )


justeru,
untuk memudahkan kerja yang mudah lagi effisien,
saya membela satu haiwan yang tidak makan,
dan tidak tidur.
malah tak perlu oksigen,
beliau adalah .....








tadaaaaaa!


mot, si lumut!
mot is very cute, behave and such a good boy :)